Seorang pelanggan yang memakai pelitup muka melihat rak pasar raya yang kosong selepas kebanyakan pemandu kenderaan barangan dijangkiti Covid-19. foto Reuters

HONG KONG – Bekalan sayur-sayuran dan ayam beku ke Hong Kong mungkin terjejas buat sementara waktu selepas banyak pemandu kenderaan barangan disahkan positif Covid-19.

Hong Kong mengimport 90% makanannya dari China terutamanya untuk makanan segar.

Pengguna-pengguna Hong Kong kini berdepan dengan kekurangan beberapa barangan import asing, termasuk makanan laut premium, disebabkan sekatan penerbangan yang ketat.

“Pihak berkuasa China dan kerajaan Hong Kong bekerjasama rapat untuk mengukuhkan pengaturan terperinci untuk mempercepatkan logistik bekalan makanan untuk Hong Kong supaya keadaan bekalan kembali normal secepat mungkin,” kata kerajaan dalam kenyataan.

Bandar Hong Kong yang memiliki 7.5 juta orang populasi melaporkan rekod 1,514 jangkitan koronavirus baharu, meningkat daripada 1,325 pada Jumaat.

China akan membantu bandar itu menangani wabak yang semakin meluas dengan menyediakan ujian saringan, rawatan dan kapasiti kuarantin.

Setakat ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan sekatan di bandar tersebut.

Langkah-langkah itu akan memberi ruang Hong Kong bernafas apabila kapasiti perubatan semakin meluas.

Hong Kong dan China adalah antara beberapa tempat di dunia yang bekerja keras menyekat penularan wabak Covid-19, tetapi varian Omicron sukar dikawal. – Reuters (https://www.reuters.com/world/china/hong-kong-food-supplies-may-be-disrupted-covid-hits-goods-drivers-2022-02-13/)

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast