Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan kedudukan jika mereka didapati melanggar operasi prosedur standar (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

Namun begitu, kesalahan kerana melanggar SOP bukan satu bentuk perbuatan jenayah sehingga boleh diambil tindakan atau meminta mereka yang berkenaan meletak jawatan.