ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian perselisihan faham membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak berdasarkan sebuah video yang tular di laman Facebook, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, video berdurasi tiga minit itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook dikenali Viral Meletop.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengesan individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular dah siasatan akan dijalankan berkaitan kejadian itu.

“Kita pohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Noor Dellhan turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

Katanya lagi, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast