SPR menetapkan tarik pengundian PRN Johor pada 12 Mac ini.

PENGUNDI ada dua jenis, pengundi berparti dan tidak berparti. Sifat pengundi berparti hanya dapat diubah pendirian jika mengalami masalah dalaman seperti kecewa dengan sesuatu perkara atau hilang punca kepentingan.

Manakala sifat pengundi tidak berparti berpaksi kepada kewujudan sentimen yang disampaikan melalui propaganda atau psywar.

Isu merupakan santapan utama, kebanyakan mereka memangkah undi secara mengikut perasaan dan kefahaman semasa. Adakala mereka akan turun mengundi atau tidak ambil tahu pasal pilihan raya.

Jika pilihan raya berlaku waktu ini, golongan tidak berparti mungkin ramai tidak turun kerana masih tidak suka kepada BN dan kecewa dengan PH atau PN.

Situasi ini akan memenangkan BN kerana parti UMNO merupakan parti terbanyak memiliki jumlah pengundi yang setia dan bersemangat.

Sebab parti ini satu-satunya parti memiliki sistem organisasi yang kukuh, berbanding parti lain organisasi sekadar peringkat atas sahaja dan di peringkat bawah sekadar wujud bagi memenuhi syarat penubuhan di bawah ROS.

Sebab itu PRU 14, BN sukar mengekalkan kemenangan kerana Tun M berjaya menyatukan kesemua parti pembangkang untuk melawan BN.

Jika sana lawan BN, sini lawan BN, jawapan mudah BN akan menang. Inilah yang menjadi igauan kepada PH terutamanya. Mereka tahu dan faham semua ini, tetapi mereka tidak sefahaman.

Lagi pun PH dan PN juga buntu untuk memainkan apa-apa sentimen, disebabkan mereka memiliki dosa-dosa politik semasa PRU 14 dengan janji manifesto dan hemburan negatif kepada BN semakin jelas rakyat semakin sedar.

PRN Johor kemenangan pada UMNO BN, jika tiada pergeseran yang besar dan minima konflik. InsyaAllah. – MalaysiaGazette

 

Penulis, Mohd Ridzuan Ibrahim adalah guru yang juga mantan Naib Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast