Ferran Torres.-Pix FB Ferran Torres.

CAMP NOU – Pemain sayap kiri FC Barcelona, Ferran Torres berjaya menghentikan S.S.C. Napoli daripada membawa pulang tiga mata menerusi jaringan gol penalti.

Setelah hampir 18 tahun tidak bermain di dalam Liga Eropah UEFA, kelab gergasi dari Sepanyol itu di ambang kekalahan apabila Piotr Zielinski meledakkan gol pendahuluan pada separuh masa pertama di Camp Nou, Barcelona.

Pada minit ke-56, Video Pembantu Pengadil (VAR) telah diminta bagi mengadili semula hantaran seberang yang dilakukan oleh Adama Traore terkena pada tangan bek kiri Napoli, Juan Jesus di dalam kotak penalti.

Keputusan VAR sah menunjukkan hantaran daripada Adama Traore terkena tangan Juan Jesus sekaligus memberi Barcelona peluang keemasan untuk kembali bersaing.

Sepakan penalti Ferran berjaya menyamakan kedudukan kedua-dua pasukan tersebut pada minit ke-58.

Namun, prestasi Pierre-Emerick Aubameyang masih lagi kurang memuaskan seolah-olah belum menemui rentak seperti yang diharapkan oleh Xavi Hernandez dan seluruh penyokong Barcelona.

Bekas pemain Arsenal yang tiba di Barcelona sejak 2 Februari lalu masih ketandusan gol di kelab baharunya.

Perlawanan tamat dengan skor seri 1-1 dan kedua-dua pasukan tersebut akan bertemu kembali di Diego Armando Maradona Stadium, Italy, untuk pusingan kedua di dalam pusingan kalah mati ini pada 24 Februari depan. -BBC Sports

(https://www.bbc.com/sport/football/60406561)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast