Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak dan pelakon, Ali Puteh membayar RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali berhubung kenyataan mengaibkan di laman Instagram, dua tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Siti Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan.