Tangan pekerja wanita parah tersepit dalam mesin meleper doh di sebuah kilang perindustrian di kawasan ibu negara dalam kejadian tengahari tadi.Gambar Bomba KL.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja wanita sebuah kilang perindustrian parah apabila tangannya tersepit dalam mesin leper doh (roller dought).

Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Che Mohamad Azwan Che Rahim berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 tengahari yang berlaku di Taman Industri dan Perniagaan TSI, di sini, hari ini.

“Bertindak atas panggilan itu, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian dari Balai Polis dan Penyelamat Jinjang bersama sebuah jentera FRT dengan kekuatan lapan orang anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 1.52 tengahari tadi mendapati tangan kanan seorang mangsa wanita berumur 20-an yang merupakan pekerja kilang tersebut telah tersepit pada mesin meleper doh (Dough Roller),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tangan pekerja wanita parah tersepit dalam mesin meleper doh di sebuah kilang perindustrian di kawasan ibu negara dalam kejadian tengahari tadi.Gambar Bomba KL.

Tambah beliau, pasukan bomba kemudian mengatur strategi untuk menyelamatkan mangsa.

“Akhirnya kami berjaya mengeluarkan tangan mangsa pada jam 2.08 petang tadi dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa masih dalam keadaan sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan kanan yang penuh berlumuran darah.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast