Ketua Perhubungan dan Seranta Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, Azwan Yunos Omar memeriksa ketajaman parang miliknya sebelum melakukan aksi silat Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022

Dalam mempelajari ilmu Silat Cekak Hanafi, Parang Lading merupakan senjata rasmi yang digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan pelbagai jenis senjata.

Parang Lading tidak sama dengan yang biasa digunakan kerana ia dibuat khusus mengikut ukuran anggota si pemakainya.

Oleh yang demikian, senjata ini tidak boleh dipinjam atau ditinggalkan sebagai senjata pusaka untuk mempertahankan diri.

Jarak panjang dari pangkal hingga ke hujungnya adalah mengikut ukuran jarak separa lilitan dari mata kanan si pemakai ke lubang telinga kirinya.

Menurut Ketua Perhubungan dan Seranta Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia, Azwan Yunos penuntut yang telah lama memberi sumbangan dan menunjukkan minat yang mendalam dalam kegiatan silat ini akan berpeluang untuk memiliki Parang Lading dengan restu guru utama mereka.

Katanya, bagi yang telah memiliki Parang Lading, mereka akan diajar cara-cara menggunakannya berdasarkan kaedah persilatan Silat Cekak Hanafi itu sendiri.

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur beroperasi pada setiap Isnin hingga Selasa malam dan hanya individu yang berusia 13 tahun ke atas dibenarkan untuk menyertai latihan.

Mereka yang berminat untuk menjalani latihan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia boleh menghubungi talian 012-2048011 atau melayari laman web cekakhanafi.com untuk mendaftar sebagai pelajar silat.

Para jurulatih dari setiap cawangan Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia menyiapkan diri dengan memakai baju silat yang lengkap bagi mempelajari ilmu silat Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Jurulatih dari cawangan Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia memeriksa ketajaman parang miliknya sebelum melakukan aksi silat ketika mempelajari ilmu silat Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Para jurulatih dari setiap cawangan Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, melakukan senaman ringan sebelum memulakan aksi Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Para jurulatih dari setiap cawangan Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, melakukan senaman ringan sebelum memulakan aksi Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Para jurulatih dari setiap cawangan Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, melakukan ‘jogging’ sebelum memulakan aksi Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Ketua Perhubungan dan Seranta Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, Azwan Yunos Omar menunjukkan beberapa pergerakan memegang parang dengan betul ketika mengadakan sesi latihan silat Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Ketua Perhubungan dan Seranta Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, Azwan Yunos Omar menunjukkan pergerakan menahan diri ketika mengadakan sesi latihan Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Para jurulatih Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia, melakukan beberapa pergerakan memegang parang dengan betul ketika mengadakan sesi latihan Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022
Persatuan Silat Seni Cekak Hanafi Malaysia ketika mengadakan sesi latihan Silat Cekak Parang Lading di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 19 FEBRUARI 2022