Foto Instagram Achey.

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Achey disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) apabila mengalami demam teruk.

Sebelum itu keputusan lima kali ujian calitan Rapid Test Kit (RTK) hasilnya adalah negatif.

Menerusi ujian kali keenam itu, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 35, disahkan positif virus pandemik tersebut.
“Saya melakukan ujian PCR sebab sudah ada simptom demam yang melampau. Entahlah macam-macam sekarang, reda dan ikhtiar sahaja,” tulis di Instagramnya.

Achey menjawab persoalan kesihatan selepas ramai yang bertanya khabar.

Sebelum ini, isteri Achey, Anne berkongi dalam tahap kesihatan suaminya merosot dan kini sedang menjalani rawatan.

“Ramai bertanya dan mendoakan tetapi saya memang tidak larat sejak beberapa hari lalu. Namun, keadaan saya semakin baik.

Bagaimanapun, Achey bersyukur isterinya, Nur Hasanah Yahaya dan anaknya, Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada simptom dan bebas jangkitan virus berkenaan.

Achey kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak dua hari lalu. – MalaysiaGazette