Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Malaysia (MHO) menggesa kerajaan melaksanakan gaji maksimum dengan segera

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, rakyat masa menanti pelaksanaan gaji maksimum dan tiada maklum balas positif daripada kerajaan setakat ini.

“Kenaikan gaji minima adalah satu keperluan mendesak bukanlah satu agenda atau konspirasi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyeru lebih ramaiĀ  majikan menawarkan gaji pekerja pada kadar melebihi gaji minimum memandangkan semakan kasar terhadap gaji minimum ini belum diputuskan dan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Kata Hishamuddin lagi yang juga seorang peguam, seandainya penangguhan gaji minimum berterusan, pihaknya bimbang ada dalam kalangan masyarakat mencari sumber pendapatn dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

Tambah beliau, bagi mereka yang berpendapatan RM1,200 sebulan kini mengalami kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan berikutan kenaikan harga barangan. – MalaysiaGazette