Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang laporan melibatkan kerosakan struktur atau kecederaan penghuni di dalam bangunan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setakat ini susulan gegaran gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, sebanyak 20 panggilan kecemasan diterima membabitkan gegaran bangunan di sekitar ibu negara bermula pukul 9.45 hingga 10.15 pagi.

“PGO menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan maklumat berkenaan kejadian.

“MetMalaysia memaklumkan kejadian itu berlaku akibat gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter di daerah Sumatera yang menyebabkan kesan gegaran dirasai di ibu negara.

“Tindakan PGO mengarah balai-balai di sekitar ibu negara untuk keluar ke lokasi panggilan kecemasan bagi membuat pemantauan dan memastikan penghuni dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai lokasi panggilan kecemasan yang diterima:

1) Blok 15 Perumahan Polis, Jalan Cheras Batu 2 1/2, Taman Miharja

2) Bangunan Soho Jalan Solaris

3) Wisma BSN, Jalan Ampang

4) Menara Glomac, Jalan Damansara

5) Bangunan MMA, Jalan Pahang

6) Hotel Perdana KL City Center, Jalan Binjai

7) Kuarters Hospital, Lorong Raja Muda

8) Axiata Tower, Jalan Stesen Sentral 5

9) Jalan Diamond Square, Jalan Semarak Api 2

10) Plaza OSK, Jalan Ampang

11) Flat Pudu Impian 1

12) Wisma Chubb, Jalan Sultan Ismail

13) Menara Ambank, Jalan Yap Kwan Seng

14) Plaza See Hoy Chan

15) Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2

16) Sekoya Residence, Jalan Panrai Murni 7, Pantai Sentral

17) Blok 57 Apartmen Pantai Indah, Jalan Pantai Dalam

18) Dewan Bahasa Pustaka

19) Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris

20) Menara Maybank, Jalan Tun Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast