Upacara simbolik penyerahan jersi pasukan Selangor FC daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kepada Ahmad Azhari Rosli (kiri).

KUALA LUMPUR – Jenama wangian terkenal SugarBomb terus menjalinkan kerjasama strategik dengan kelab bola sepak Selangor FC buat tahun ketiga sejak tahun 2020 lagi.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ahmad Azhari Rosli berkata, kerjasama tahun ini bakal menyaksikan penggunaan logo jenama itu di belakang jersi pasukan bola sepak terbabit.

“Kami dengan penuh rendah hati sangat gembira dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Kami menjalinkan kerjasama strategik dengan Raja Muda Selangor sejak tahun 2020 lagi di mana sejak itu, SugarBomb menjadi rakan pewangi rasmi bagi pasukan Selangor FC.

“Tahun pertama, kami mengeluarkan produk kolaborasi bersama yang menampilkan tiga wangian penyegar udara berilhamkan jersi pasukan bola sepak itu. Kali ini, jalinan kerjasama itu berterusan untuk tahun ketiga.

“Moga hubungan yang terjalin ini dapat terus dikekalkan demi kemajuan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Raja Muda Selangor (tengah) berangkat ke majlis perasmian kilang baharu SugarBomb di Bandar Bukit Raja, Klang baru-baru ini.

Selepas lima tahun bertapak, SugarBomb mampu memiliki kilang dan gudang yang berkeluasan sebesar tiga ekar di Meru, Klang.

Kilang 100 peratus dimiliki bumiputera milik SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu beroperasi kira kira lima bulan yang lalu.

Pada 17 Februari lalu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga pemilik Selangor FC yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Selangor turut berkenan merasmikan kilang berkenaan.

Sebelum perasmian, Raja Muda Selangor turut berangkat ke ibu pejabat jenama itu di Bandar Bukit Raja, Klang sekali gus menandatangani jersi dan menerima penyerahan replika cek bernilai RM1.5 Juta.

Sementara itu, Ahmad Azhari menyifatkan pada tahun 2020 ketika fasa awal pandemik, jenama itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran Dr Zamir Othman bersama pasukan kerjanya yang memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.

“Tahun 2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran di mana nama jenama wangian itu juga semakin dikenali. Kami memiliki kilang dan pasukan R&D serta mempunyai mesin bancuhan minyak wangi sendiri yang mampu menghasilkan sehingga 3 juta botol wangian pelbagai rangkaian setiap bulan.

“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Dr Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya terdapat minyak wangi dan penyegar udara dan ketika ini, kami turut mengeluarkan sanitasi tangan, penyegar fabrik dan sebagainya.

“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan banyak produk wangian yang berkualiti. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya.

Hingga kini, jenama ini sudah mempunyai lebih 5,000 pengedar termasuk ejen dan stokis yang aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Kami menjual produk wangian serendah RM10 hingga RM59. Kami mengalu alukan ramai lagi untuk sama sama menjana pendapatan dan terus Berjaya bersama SugarBomb dengan menghubungi 018-9003435 untuk maklumat lanjut.

“Sepanjang tahun ini kami yakin dan optimis untuk mencapai jualan RM70 juta dengan sokongan daripada pengedar kami. Insya-Allah dari sekarang hingga lima tahun mendatang, kami mahu terus bergerak untuk menjadi syarikat dan jenama kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Antara rangkaian pewangi keluaran SugarBomb.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast