Encik Muhamad Nor Anazim Rejab, Ketua Pegawai Integriti JKSB menyerahkan bantuan makanan asas kepada salah seorang penerima.

NIBONG TEBAL – Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menyantuni golongan memerlukan dengan menyumbang bekalan makanan asas kepada Masjid Nurul Huda, Sungai Chenaam dan Masjid Nurul Iman di Bukit Panchor di sini.

Ketua Divisyen Operasi JKSB, Hussin Mohamad berkata, program tersebut merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihaknya kepada masyarakat setempat dalam membantu keperluan mereka terutama sekali pada masa yang mencabar ini.

“Bantuan bag makanan untuk komuniti itu diberikan kepada 80 penerima yang berdaftar di bawah pihak pengurusan dua masjid berkenaan.

Sebahagian penerima bantuan berkumpul di pekarangan masjid sebelum program bermula.

“Antara bekalan makanan asas yang diberikan termasuk susu tin, beras, tepung gandum, gula pasir, minyak masak dan biskut.

“Harap program CSR ini dapat meningkatkan tahap kesedaran kita terhadap kepentingan membantu golongan memerlukan di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Hussin, sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, pihaknya bersyukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.

Antara barang makanan asas yang disumbangkan.

“Dengan bantuan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban mereka,” ujar beliau.

Untuk rekod, selain menyediakan bantuan makanan asas kepada golongan memerlukan, JKSB juga secara aktif menjalankan Program-program CSR lain dengan memberi penekanan terhadap komponen Sinar Sejahtera (Kesihatan dan Keselamatan), Sinar Insan (Pembangunan Komuniti), Sinar Ilmu (Pendidikan dan Pengetahuan) dan Sinar Alam (Pemuliharaan Alam Sekitar). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast