Foto: FB Asia Society

TAIPEI – Taiwan telah menghantar 27 tan bekalan perubatan kepada Ukraine, kata kerajaan negara itu sambil menambah bantuan dihulurkan sebagai ahli ‘kem demokrasi’ dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Taiwan menyertai perikatan barat bagi mengenakan sekatan terhadap Rusia disebabkan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine dan menyatakan simpati kepada warga Ukraine yang dilihat selari dengan pendirian Taipei ketika Beijing melakukan ancaman ke atas pulau tersebut.

Kementerian Luar Negara Taiwan berkata, bekalan itu dihantar ke Frankfurt  malam semalam sebelum dibawa ke Ukraine menerusi ‘laluan dan saluran yang wajar’.

“Republik China, Taiwan sebagai ahli komuniti kem demokrasi antarabangsa sanggup bertindak dalam semangat “Taiwan Boleh membangtu’ dan berdasarkan pertimbangan peri kemanusiaan, negara kami akan menyediakan Ukraine bekalan bantuan perubatan pada masa yang sesuai,” tambahnya.

Nama rasmi Taiwan ialah Republik China, yang mana tentera meninggalkan pulau itu pada 1949 selepas kalah dalam perang saudara dengan komunis.

China menuntut yang Taiwan sebagai wilayah berdaulatnya setakat ini tidak mengumumkan sebarang bantuan kemanusiaan kepada Ukraine.

Semalam, ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 500,000 orang telah melarikan diri dari Ukraine ke negara-negara jirannya sejak pencerobohan Rusia pada minggu lalu.

Para pegawai Kesatuan Eropah (EU) berkata, peperangan boleh menyebabkan tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal. – Reuters

(https://www.channelnewsasia.com/asia/taiwan-medical-supplies-ukraine-27-tonnes-2527706)