Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) semalam.

Sekretariat media Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, Amirudin akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan dijadualkan kembali bertugas secara rasmi mulai 8 Mac depan.

“Bagi pihak Menteri Besar, beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini dan memohon agar sesiapa berurusan dengan beliau dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Amirudin sekeluarga dan semua yang turut terkesan dengan wabak Covid-19.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita semua jua,” jelasnya. – MalaysiaGazette