Suasana di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,841 kes baharu jangkitan Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Daripada jumlah itu, 677 kes (36.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 1,164 kes (63.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 194 kes (77 kes disahkan Covid-19; 117 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara merekodkan sebanyak 27,500 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam, menjadikan kes kumulatif pandemik itu mencecah 3,496,090 kes kumulatif.

Daripada 27,500 kes harian yang dilaporkan pada 2 Mac 2022, 189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 serta 27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada
kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes adalah seperti berikut:
 Kategori 1: 9,292 kes (33.79%);
 Kategori 2: 18,019 kes (65.52%);
 Kategori 3: 71 kes (0.26%);
 Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
 Kategori 5: 80 kes (0.29%).

Menurutnya, daripada 189 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu
dilaporkan pada 2 Mac 2022, 25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap
divaksinasi; 89 kes (47.09%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster).

Manakala 38 kes (20.11%) telah menerima dos penggalak, 108 kes (57.14%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 48 kes (25.40%) mempunyai komorbid.

Tambahnya, sembilan negeri merekodkan lebih 50% penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu Putrajaya (67%), Perlis (64%), Kelantan (60%), Johor (59%), Kuala Lumpur (58%), Sabah (55%), Melaka (53%), Selangor (51%), dan
Pulau Pinang (50%).

Kapasiti sama juga berlaku penggunaan katil bukan ICU di 11 negeri iaitu Selangor (113%), Kuala Lumpur (106%), Perak (102%), Kelantan (93%), Perlis (91%), Pahang (70%), Putrajaya (67%), Johor (66%), Sarawak (64%), Pulau Pinang (61%), dan Sabah (53%).

Hanya satu penggunaan katil melebihi 50 peratus direkodkan iaitu di Melaka (61%).

Manakala pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 194 pesakit.

Negara merekodkan 475 kluster aktif setakat tengah malam tadi. – MalaysiaGazette