Calon calon yang bertanding berikrar pada Majlis Ikrar dan Tandatangan Aku Janji Integriti Calon Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Impianan Hotel Senai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2022.

SENAI- Seramai 56 calon parti Perikanan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini selesai mengangkat sumpah dan menandatangani akuan integriti di sini hari ini.

Angkat sumpah tersebut bertujuan menunjukkan kesungguhan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti.

Majlis angkat sumpah diketuai oleh Setiausaha PNl Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Majlis Ikrar dan Tandatangan Aku Janji Integriti Calon Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Impianan Hotel Senai, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2022.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia dilakukan bagi membuktikan kesungguhan parti gabungan itu membentuk sebuah kerajaan Johor yang berintegriti dan berpegang kepada prinsip.

PN, katanya, akan membina negara dan masyarakat atas nilai yang murni dan berintegriti.

“Kita ingin didik masyarakat dan generasi akan datang betapa pentingnya kepimpinan yang berasaskan nilai yang murni. Hanya dengan amalan nilai yang murni kita dapat lahirkan kepimpinan yang berintegriti, cekap dan prihatin rakyat.

“Apabila pemimpin berintegriti, maka wujudlah masyarakat dan negara yang makmur, sejahtera dan sentosa.

“Melahirkan kepimpinan yang berintegriti bermula daripada kita. sebagai calon-calon wakil rakyat yang akan dipilih oleh rakyat negeri Johor untuk mentadbir negeri Johor kelak, anda semua memikul satu amanah yang berat dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan nilai integriti sentiasa dijunjung.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ikrar&Tandatangan Aku Janji Integriti Calon Perikatan Nasional (PN) di Senai hari ini.

Muhyiddin juga menasihati pengundi di Johor supaya menjadikan PRN kali ini sebagai permulaan pembentukan sebuah kerajaan yang berasaskan nilai integriti dan prihatin rakyat seperti yang ditawarkan pihaknya.

“Anda adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat dan politik lama mereka yang berasaskan rasuah dan penyelewengan.

“We must at all cost stop the return of the kleptocrats and their old politics of corruption and abuse of power,“ujarnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast