endemic transition phase nightclubs N. Revnesh Kumar death Covid-19 vaccine MAEPS PKRC Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar speaks to the media representatives after a visit to the Sungai Buloh Hospital in Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2022.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

SERDANG – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan ibu dan bapa mendiang Ravnesh Kumar esok bagi memaklumkan laporan siasatan kematian.

Menurutnya, laporan kematian remaja lelaki berkenaan tidak boleh diumumkan kerana ia melibatkan maklumat peribadi.

“Saya rasa lebih baik saya jumpa ibu bapa mendiang dahulu sebelum apa-apa diumumkan secara umum.

“Itu adalah prosedur kita gunakan sebab ini melibatkan butiran kesihatan atau kematian peribadi dan saya maklum kepada ibu bapa beliau dahulu,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan  Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang hari ini.

Namun menurut Khairy, laporan kematian Ravnesh hanya boleh diumumkan sekiranya ibu bapa mendiang bersetuju.

“Sudah tentu kita tidak boleh keluarkan maklumat bedah siasat sebab ini maklumat peribadi dan maklumat ini perlu disampaikan kepada ibu bapa mendiang.

“Tapi sekiranya ibu bapanya setuju kita boleh keluarkan. Itu adalah peraturan Kementerian Kesihatan (KKM),” tambahnya.

Tambah Khairy, selain memerlukan laporan hasil bedah siasat dan makmal KKM memerlukan laporan daripada Jabatan Kimia untuk mengetahui punca kematian Ravnesh.

Justeru jelasnya, proses itu tidak boleh selesai cepat seperti yang dipertikaikan pelbagai pihak.

“Ada yang tanya kenapa laporan kematian Ravnesh lewat sedangkan kematian Januari  disebabkan kita nak pastikan siasatan lengkap sampel darah, tisu akhir sekali kita tunggu laporan daripada Jabatan Kimia yang telah kita terima hariini sebab itu,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Ravnesh menerima suntikan vaksin Pfizer pertamanya pada 30 Disember 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.

Kemudian pada 16 Januari lalu, beliau tiba-tiba rebah dalam lif blok perumahannya sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang di mana dia disahkan meninggal dunia.- MalaysiaGazette