Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan beliau tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat dengan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) bersama-sama Sultan Terengganu dan individu-individu lain pada tahun 2009

Menteri Kewangan itu berkata demikian bagi mengulas keterangan Tim Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat.

Leissner memberi keterangan itu ketika perbicaraan membabitkan bekas Ketua Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng.

TIA adalah entiti terdahulu sebelum ditukar kepada 1MDB.

Leissner dalam keterangannya berkata, dia ambil maklum tentang satu emel daripada Ng berhubung mesyuarat TIA pada tahun 2009.

Dalam emel itu, Ng memaklumkan selain dirinya, individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga.

Leissner dalam testimoninya berkata, Ng memberitahu tujuan mesyuarat itu adalah supaya Sultan Mizan bertemu orang ”daripada bank-bank”. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast