KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mencadangkan agar kerajaan menyegerakan pemberian kad warga asing di Sabah.
Penasihat pertubuhan itu, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana warga asing yang tidak mempunyai kad identiti berisiko dimanipulasi oleh ekstremis yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Mereka ini boleh dimanipulasi oleh kerana kita tidak bantu mereka, mereka akan memusuhi kita. Ini boleh menimbulkan masalah keselamatan pula.
“Kalau kita cadangkan secepat mungkin sebab kita tidak boleh biarkan perkara ini berlanjutan, lagi cepat lagi bagus,” katanya ketika sidang media hari ini.
Tambah bekas Ketua Polis Negara itu, pemberian kad warga asing akan dapat menangani masalah sosial kerana ia boleh digunakan untuk mencari pekerjaan.
“Ia boleh mendatangkan masalah sosial sekiranya tidak ditangani apabila mereka tidak bersekolah, tidak dapat bekerja tidak dapat bantuan kesihatan jadi apa mereka nak jadi? Mereka manusia nak hidup selesa juga,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Musa menegaskan, pemberian kad warga asing akan memudahkan penguat kuasa mengenal pasti warga asing di negeri berkenaan.
“Mereka perlu diberi kad identiti ini (kad warga asing) supaya mudah penguat kuasa mengenal pasti siapa mereka, supaya menyenangkan pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan sekrianya apa-apa berlaku,” tambahnya.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kad warga asing kepada mereka yang telah tinggal bertahun-tahun di Sabah.
Cadangan berkenaan disuarakan oleh kerajaan negeri Sabah kepada Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Musa berkata kad warga asing berkenaan perlu dilengkapi dengan ciri biometrik untuk mengelak ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. -MalaysiaGazette
Demi keadilan pekerja warga asing tanpa izin yang menguntungkan ekonomi Malaysia lebih layak dapat hak mengundi susulan pekerja warga asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris dan PKM letak senjata sebab patuh arahan daripada Parti Komunis di Tanah Besar China pada September 1988 pun layak mengundi tanpa repatriasi supaya enggan macam negara-negara kecil lagi makmur Qatar, UAE, dan Kuwait yang membela dan memastikan hak asasi warganegara pekerja warga asing sehingga cucu-cicit tanpa diberi hak mengundi adalah daripada negara-negara asal mereka masing-masing.