Ambulan membawa mangsa letupan di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan ke hospital. Foto: Dawn News TV.

PESHAWAR – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam letupan di dalam sebuah masjid, di sini, hari ini.

Ketua Polis Bandar Utama (CCPO) Peshawar, Ijaz Ahsan mengesahkan seorang anggota polis terbunuh manakala pengurus Hospital Lady Reading berkata, 30 mayat telah dibawa ke hospital tersebut setakat ini, lapor akhbar Dawn.

Ijaz berkata, menurut laporan awal, dua orang penyerang cuba memasuki sebuah masjid di Bazar Khwani Qissa, di sini, dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang berkawal.

Berikutan itu, ujarnya, seorang polis maut manakala anggota yang lain mengalami cedera parah.

Katanya, serangan itu disusuli letupan dalam masjid tersebut. – Agensi.

(https://www.dawn.com/news/1678238/explosion-reported-in-peshawars-kocha-risaldar-area)

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast