Rudy Rodzila Che Lamin.

KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) menawarkan manfaat penundaan kenderaan akibat banjir secara percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan perlindungan motor Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful dan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Perkhidmatan tundaan percuma akibat banjir ini merupakan manfaat tambahan kepada 24-Hour Bantuan Ikhlas Road Assist iaitu perkhidmatan sisi jalan yang diberikan secara automatik kepada pemegang sijil Ikhlas Comprehensive Private Car Takaful dan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Menurutnya, 24-Hour Bantuan Ikhlas Road Assist menyediakan servis 24 jam tunda kemalangan dan kerosakan dan juga 24 jam bantuan sisi jalan serta khidmat penyampaian maklumat kecemasan, perkhidmatan tukang kunci dan bantuan menghubungi kenderaan ganti seperti teksi atau kereta sewa dengan kadar istimewa.

”Kita semua maklum bencana banjir yang melanda membawa kerosakan dan kerugian kepada mereka yang terbabit. Bersandarkan prinsip ‘Kami Melindungi Semua’ dan ‘Ikhlas Cares’, kami tidak mengenakan sebarang sumbangan tambahan kepada peserta Takaful Motor yang mendapatkan servis tundaan

”Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin. – MalaysiaGazette