Kamya Glow mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Kesihatan dan Kecantikan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jenama kesihatan dan kecantikan, Kamya Glow mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Kesihatan dan Kecantikan.

Pengasasnya, Erna Elliyana Rosli menyifatkan anugerah yang diraih membakar semangat selain menjadi penanda aras baru buat Kamya Glow yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna baik lelaki dan wanita.

Jelas beliau, ia sesuati yang membanggakan kerana mengambil kira produk yang baharu baharu namun jenama itu pantas dikenali seiring dengan kualiti yang di ketengahkan pihaknya.

“Apabila menerima anugerah ini satu sesi yang sama dengan produk terkenal sedia ada, jujurnya saya rasa kecil berbanding yang lain.

“Bagaimanapun, saya cuba ketengahkan pemikiran bahawa, situasi bisnes sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Biar kita nampak kecil atau baru, namun sekiranya konsisten, saya percaya ia akan membuahkan hasil positif. Yang penting jangan pernah putus asa.

“Malah ketika awal-awal mahu terokai bisnes kesihatan dan kencantikan ini, saya dan suami memang tidak mahu hasilkan produk yang bermusim sifatnya. Sebab itu bagi saya ‘branding’ itu penting, bukan hanya konsep jual barang semata-mata.

“Jadi memang objektif kami agar jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. Meskipun kami sudah memiliki beberapa cabang perniagaan lain sejak 2015, namun kejayaan Kamya Glow itu sendiri dilihat sebagai permulaan baik bagi tahun 2022,” katanya satu kenyataan hari ini.

Produk di bawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd. itu menerima pengiktirafan berkenaan dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Percaya kepada kerjasama dalam pasukan, Erna Elliyana turut mendedikasikan anugerah berprestij berkenaan kepada seluruh warga kerjanya.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai pasukan yang efisien, berwibawa dalam mainkan peranan masing-masing. Maksudnya, mereka tidak berkira dari segi masa juga sentiasa memperbaiki diri demi Kamya Glow.

“Pada masa sama, saya terbuka dalam mendengar idea segar daripada mereka yang terdiri dalam kalangan orang muda. Perah otak dalam cari idea baru bersama-sama, ada komunikasi dua hala. Jadi kejayaan yang diterima sudah tentu terhasil menerusi kerjasama semua pihak juga.

“Komitmen terbaik juga hadir daripada duta utama kami, Datin Alyah bersama wajah wakilan lain seperti Dai Syed dan Viviana Abdullah yang turut mendorong kepada sukses ini. Saya bertuah kerana Alyah selebriti yang tidak berkira dalam soal promosi.

“Pada peringkat ini, saya percaya pengaruh selebriti atau influencer juga penting,” katanya yang tidak tidak menafikan cabaran di dalam meneruskan bisnes sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda di negara ini.

Turut setia mempromosikan Kamya Glow termasuk Ayu Damit, Nita Hamzah dan jurusolek Bosco Ryzal.

Bagi meluaskan jenama ini di kalangan masyarakat, Kamya Glow turut mempelawa semua orang untuk mencubanya secara percuma.

“Kami jalankan give away secara besar-besaran yang mana kepada Kamya lovers yang berminat boleh mengikuti kami menerusi telegram. Kami akan poskan secara percuma di mana sahaja anda berada. Informasi lanjut mengenainya boleh didapati di akaun media sosial Kamya Glow.

“Banyak lagi kejutan serta tawaran hebat yang kami bakal lakukan. Kalian hanya perlu nantikan sahaja pengumuman istimewa daripada kami daripada semasa ke semasa,” katanya yang tidak akan berhenti daripada menyebarkan manfaat Kamya Glow kepada semua.

Sementara itu, Anugerah Brandlaurete adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang berjaya menempa jenama di peringkat nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast