Lokasi seorang wartawann Mexico ditembak di Fresnillo. foto Reuters

MEXICO CITY – Seorang wartawan Mexico ditembak dan dibunuh di Zacatecas, siri terbaharu rentetan pembunuhan petugas media tahun ini yang telah menimbulkan kritikan terhadap kerajaan Presiden, Andres Manuel Lopez Obrador.

Juan Carlos Muniz, yang bekerja untuk laman web berita tempatan Testigo Minero ditembak bersama seorang pemandu teksi di kepala.

Kematian Muniz, yang disahkan oleh polis negeri menjadikan lima kes pembunuhan melibatkan petugas media di Mexico tahun ini.

Aktivis tempatan bersama kumpulan antarabangsa dan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menyeru Lopez Obrador untuk meningkatkan usaha mengekang keganasan dan melindungi wartawan, termasuk di Zacatecas.

Muniz adalah wartawan yang melaporkan kejadian jenayah selama dua tahun di bandar Fresnillo.

Kira-kira 145 wartawan terbunuh di Mexico dari tahun 2000 hingga 2021, menurut pertubuhan hak asasi manusia, Artikel 19, menjadikan Mexico sebagai antara negara yang paling banyak menyaksikan kematian wartawan.

Tahun terburuk dalam sejarah ialah pada 2017, dengan 12 pembunuhan, diikuti 2010 sebanyak 10 kes. – Reuters (https://www.reuters.com/world/uk/mexican-crime-reporter-killed-zacatecas-adding-chilling-journalist-death-toll-2022-03-05/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast