KUALA LUMPUR – Insiden pergaduhan antara penyokong Kuala Citu FC dan Selangor FC menghiasi aksi perlawanan pembukaan Liga Super 2022 di luar Stadium KLFA Cheras, malam tadi.

Satu video klip yang tular di media sosial  menyaksikan keadaan ‘huru-hara’ di luar stadium selepas aksi seri dengan keputusan 3-3.

Salah seorang penyokong dilihat bertindak menendang salah seorang individu yang sedang bergelut dengan seorang lagi penyokong dan dalam masa sama adegan itu cuba dileraikan oleh seorang anggota polis yang bertugas. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast