KUAAL LUMPUR – Kelantan FC akan melakukan saringan bagi mengenal pasti pemain yang merokok dalam skuad bermula musim depan.

Perkara itu disahkan pemilik The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Menurutnya, pemain yang didapati merokok berdepan risiko dibuang daripada pasukan dan meminta mereka yang mempunyai tabiat itu supaya berhenti segera.

“Disiplin tinggi jawapan kejayaan sebuah pasukan. Kalau ada yang merokok, tolong berhenti segera sebelum anda diberhentikan.

Kelantan FC bermula langkah kanan dalam kempen Liga Perdana apabila menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu lalu.

Pada aksi itu, skuad TRW itu membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil jaringan Natanael Siringo Ringo.

Pemain JDT, Daryl Sham menjaringkan gol penyamaan buat JDT II pada minit ke-74 sebelum pemain gantian Kelantan FC, Jasmir Mehat, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan kelab Pantai Timur itu berdepan skuad dari saingan Liga Super, PJ City FC bagi aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 13 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast