Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan jari yang berdakwat selepas membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.
JOHOR BAHRU – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Pusat Mengundi Awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Bekas Ketua Polis Johor itu  antara 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan yang layak untuk membuang undi hari ini.

Beliau berbuat demikian memandangkan tidak sempat menukar alamat mengundi walaupun kini sudah bertugas di Ibupejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

“Tempoh tiga bulan tidak sempat tukar sebab itu saya masih mengundi di Johor. Alhamdulillah kita memang ikut SOP teratur, tersusun boleh tengok semua,” katanya.

Ayob Khan sebelum itu dilihat tiba di Dewan Dato Onn, Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Johor kira-kira pukul 9.35 pagi sebelum keluar dari dewan lima minit kemudian.

Hadir mengiringi Pengarah JSJN itu ialah Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.-MalaysiaGazette