Beberapa orang sedang beratur untuk membuat saringan Covid-19. Foto- Reuters.

BEIJING – China melaporkan sebanyak 402 kes tempatan  jangkitan Covid-19 semalam, data rasmi menunjukkan peningkatan hampir sekali kali ganda berbanding kes semalam.

Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, daripada jumlah bilangan tersebut, 165 kes dikesan di wilayah timur laut Jilin yang merupakan jumlah tertinggi bagi wilayah itu sejak permulaan penularan wabak itu di China pada 2020.

Bilangan kes tanpa gejala yang disebarkan dalam negeri tidak diklasifakasikan oleh China sebagai kes yang disahkan, sebanyak 435 kes.

Di wilayah Jilin operasi perniagaan di kawasan tersebut ditutup selama seminggu kecuali bagi perkhidmatan penting dan perniagaan yang memerlukan pengeluaran berterusan.

Orang ramai juga tidak dibenarkan keluar dari rumah dari Mac 7 hingga 13, pengecualian kepada mereka yang memerlukan rawatan perubatan dan mempunyai hal kecemasan.

Seorang isi rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan. – Reuters

(https://www.reuters.com/business/healthcare-pharmaceuticals/chinas-daily-local-symptomatic-covid-cases-nearly-double-402-2022-03-10/)