new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini semalam naik kepada 30,787 kes berbanding kelmarin, 9 Mac sebanyak 30,246 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, kategori 1 dilaporkan sebanyak 10,921 kes, kategori 2 (19,642 kes), kategori 3 (93 kes), kategori 4 (74 kes) dan kategori 5 (57 kes).

Sebanyak 608 kes import dilaporkan iaitu 564 melibatkan warganegara dan 44 bukan warganegara.

“Kes sembuh pula sebanyak 26,457 dan kes yang memerlukan rawatan di ICU sebanyak 389 kes dan memerlukan bantuan pernafasan 229 kes,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, daripada 224 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 58 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 94 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 2,048 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital melibatkan kategori 3, 4 dan 5 sebanyak 771 kes, kategori 1 dan 2 sebanyak 1,277 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 6,869 kluster, kluster baharu (empat), kluster yang telah tamat (6,450) dan jumlah kluster aktif (419 kluster). – MalaysiaGazette