Normah Ann yang merupakan warga emas tetapi masih gagah menoreh getah bagi kelangsungan hidup bersama anak dan cucu-cucunya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.

Umum mengetahui tentang Hari Wanita Sedunia dan menyambutnya pada 8 Mac setiap tahun.

Sambutan berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk menghargai malah turut sama mengiktiraf hak dan perasaan seluruh kaum wanita.

Bagaimanapun, bagi wanita yang tinggal di kawasan luar bandar dan jauh dari arus kemodenan, setiap hari hanya lah hari yang sama buat mereka.

Menjengah seketika kehidupan masyarakat orang asli dari suku kaum jakun di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Bukit Kepong, Johor, setiap isteri mahu pun ibu tidak dapat lari dari melakukan rutin harian yang sama.

Ada yang bangun seawal pagi untuk menoreh getah, memasak serta menjaga anak-anak.

Walaupun tidak terdedah dengan sambutan gah berkaitan hari wanita, namun itu lah kemanisan hidup bagi mereka.

Potret wanita orang asli yang menjadi tunjang kehidupan orang sekeliling mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Ema Mihad sama seperti isteri orang lain bertanggungjawab menyediakan makanan untuk suami dan juga anak-anaknya setiap hari bagi memastikan orang yang disayangi tidak berlapar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Kegigihan seorang suri rumah Niji Mahat menjemur pakaian pada awal pagi yang merupakan rutin hariannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Anak perempuan pula perlu menjaga adik mereka tatkala ibunya melakukan kerja harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Asnita Mitan yang berkahwin pada usia muda sudah biasa melakukan kerja-kerja mengemas rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Papan tanda yang diletakkan bagi menunjukkan kediaman Kampung Orang Asli Bukit Panjang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Kehidupan kanak-kanak perempuan disini tidak seperti yang lain kerana mereka tidak terdedah dengan penggunaan gajet ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Salina Salih begitu taat pada suaminya, sanggup setia menunggu suaminya pulang dari kerja dihadapan rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Loha Buang menunjukkan kasih sayang sebagai seorang ibu semasa mendodoi anaknya dalam keadaan yang serba kekurangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Enaf Binjai yang masih tidak berkahwin beristirehat di dalam rumah selepas penat melakukan kerja-kerja rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.
Geduk Binjai mengambil udara segar pada waktu petang di hadapan rumah selepas penat seharian melakukan kerja-kerja sebagai suri rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.