Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut selepas 52 saluran dikira dan  beliau memperoleh 10,508 undi.

Hasni menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Isa Ab Hamid yang mendapat undi tidak rasmi 4,828 undi.

Sementara, Haniff Ghazali Hosman yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pula 1,147 undi.

Manakala, calon dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Iskandar Noor Ibrahim hanya mendapat 132 kerusi selepas 52 saluran dikira.

Hasni  mula memenangi kerusi DUN Benut sejak PRU12 pada 2008. – MalaysiaGazette