SIMPANG RENGGAM – Maszlee Malik kalah dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Mutalip Ab Rahim bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang sebentar tadi.
Undi tidak rasmi menunjukan Abd Mutalip yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DUN27 pada 2013 mengalahkan Maszlee dengan majoriti 3,016 undi.
Ab Mutalalip berdepan tiga saingan termasuk calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, K Alagathiran dari Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Shafie Othaman dari parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Untuk makluman, DUN Layang-Layang yang berada di bawah Parlimen Simpang Renggam selain DUN Machap sebelum ini telah dimenangi dengan undian tipis oleh BN iaitu 47 peratus pada PRU-14.
Pada PRU lepas, kerusi ini dimenangi oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga mantan Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor menang dengan undian 364 undi majoriti mengalahkan calon PH, MS Murugan.
Onn Hafiz kali ini bertanding di DUN Machap manakala Ab Mutalip pula yang berpengalaman sebagai Adun sepenggal di Layang-Layang kini kembali mewakili BN.
Seramai 25,147 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Layang-Layang pada PRN kali. -MalaysiaGazette