Letupan bongkah batu dilakukan bagi melakukan operasi pencarian mangsa tertimbus di Keramat Pulai, Perak hari ini.

IPOH – Operasi mencari mangsa tertimbus dalam runtuhan kuari yang memasuki hari kelima di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini, dimulakan dengan meletupkan bongkahan batu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, letupan bongkah itu dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dibuat.

“Operasi itu bermula jam 8 pagi tadi dan ia dilakukan bagi merangka strategi dan penilaian taktikal yang akan digunakan.

Pasukan STORM dan SMART turut terlibat dalam operasi pencarian.

“Operasi melibatkan kekuatan 63 anggota seperti Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” kata jurucakap tersebut.

Operasi tersebut turut disertai Unit K9 Bomba dan pegawai Jabatan Mineral dan Geosains  (JMG).

Pada Selasa lalu, dua mangsa dilaporkan tertimbus dalam runtuhan di kuari tersebut.

Mereka dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Selain mereka, seorang mangsa berusia 35 tahun dilaporkan patah tulang kaki akibat insiden sama dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast