Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) bersama pemimpin lain meraikan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, desakan untuk membubarkan Parlimen tidak akan dilakukan buat masa sekarang meskipun pihaknya telah melakar kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan adakah parti gabungan itu akan membuat desakan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Tidak, tidak, tidak, kita tidak akan lakukan itu (desakan bubar DUN) buat masa ini,” katanya ringkas selepas memberi ucapan bagi meraikan kemenangan BN pada PRN Johor di Bangunan Umno Johor  di Jalan Yahya Awal di sini malam tadi.

Sebelum itu, pada malam tadi, beberapa penyokong BN melaungkan ‘bubar Parlimen’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir pada sidang media kemenangan BN di PRN Johor.

BN memenangi mendominasi sebanyak 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor sekali gus mencapai jumlah majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Kemenangan itu juga menyaksikan pesaing lain iaitu daripada Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh 11 DUN, Perikatan Nasional (tiga DUN), PKR (satu DUN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (satu DUN).-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Untung dah tu PKR pakai lambang sendiri yang dikenali rakyat menang 1/20 kalau pakai lambang ph mungkin dapat 10/20 . Inilah lambang tamak + degil rakyat dah beri tunjuk ajar supaya dapat mengerti . Muda setahun jagung pun sama taraf PKR seribu abad . Kalau tak faham lagi tak tahu lah

Comments are closed.