LVIV – Letupan kedengaran di bandar Lviv, barat Ukraine kira-kira 6 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada Ahad.

Terdahulu, siren amaran dibunyikan pada 3.30 pagi waktu tempatan, menyebabkan penduduk melarikan diri mencari perlindungan, lapor Xinhua.

Media Ukraine setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

Menurut Agensi Berita UNN, letupan turut kedengaran di Kherson, selatan Ukraine dan siren amaran dibunyikan di kebanyakan bandar dan wilayah Ukraine.

Sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada 24 Feb, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain, dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 564 orang awam terbunuh dan 982 cedera, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast