Onn Hafiz
ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di Istana Bukit Serene Johor Bahru. Kredit Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Onn Hafiz Ghazi sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai sebagai Menteri Besar Johor ke-19 Istana Bukit Serene, di sini petang ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Upacara mengangkat sumpah itu dikongsi menerusi Facebook Sultan Ibrahim. Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubiungan UMNO Negeri, Datuk Hasni Mohammad turut hadir pada upacara tersebut.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.
Beliau yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. akhirnya PERANGKAP MAKAN TUAN…..ZAHID MUNAFIK minta HASNI BUBAR DUN yang sebelum ini aman dan belanjawan SERTA UNDI 18 pun LULUS termasuk sokongan pembangkang

    tahniah KEGAGALAN HASNI yang ikut telunjuk ZAHID PERASUAH…… DAULAT TUANKU moga JOHOR MAKMUR DI BAWAH prihatin TUANKU

    TAHNIAH kerana pengundi JOHOR masih BUTA bezakan kaca dan permata….mengundi IKUT LAMBANG PARTI….bukan pada MARUAH AKHLAK DAN TANGGUNGJAWAB CALON…

    bak kata orang dulu letak batang pisang batu nesan atau OKU mereka akan UNDI asal itu DACING wlpun BERKARAT dan SENGET busuk DENGAN MASALAH RASUAH SALAHGUNA KUASA PERAS UGUT DISKRIMINASI
    pengundi2 DUN BENUT/JOHOR GIGIT JARI dan rasa HANCINGNYA KENCING PEMIMPIN umNO MEREKA

Comments are closed.