Hasni Mohammad

KUALA LUMPUR – Kemelut pelantikan Menteri Besar (MB) Johor bukan masalah dalaman UMNO tetapi ia di luar kawalan parti.

Ini kerana, sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara konsisten mencalonkan Datuk Hasni Mohammad sebagai peneraju kerajaan negeri itu.

Lantaran itu, penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berpendapat, kemelut pelantikan MB Johor bukan satu perebutan dalaman.

“Saya percaya semua orang faham situasi yang berlaku ini. Tiada siapa yang boleh membuat dakwaan wujud ada ‘kumpulan baharu’ yang membuat desakan pengganti Hasni atau sebaliknya kerana situasinya bukan begitu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, Azmi memuji cara Hasni berdepan dengan situasi semasa melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Jelas beliau, ternyata Hasni seorang pemimpin Melayu yang berjiwa besar apabila meletakkan kepentingan rakyat dan negeri melebihi kepentingan diri dan parti.

Cuma, katanya, UMNO perlu mengambil langkah berhemah, cukup berhati-hati dan melalui pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu ini bagi menjaga air muka pemimpin-pemimpin yang terlibat dan menoktahkan persoalan-persoalan dalam kalangan kepimpinann, akar umbi, penyokong-penyokong parti dan rakyat.

Ditanya adakah isu ini boleh menjejaskan kredibiliti UMNO dan BN dalam kalangan parti-parti lain, Azmi tidak menolak kemungkinan ia akan dijadikan modal politik.

“Tapi, awas. Jika perkara ini berlaku ia akan menjadi bola tanggung kepada parti atau pemimpin politik yang memainkan sentimen ini. Ia boleh ‘terpercik di muka sendiri’ nanti.

“Isu ini amat sensitif sebab itu kita lihat bagaimana pemimpin UMNO (semalam) tidak berterus-terang sebaliknya menanganinya dengan cukup halus.

“Lagipun situasi ini bukan kali pertama dan pernah berlaku di negeri-negeri lain juga. Oleh itu apabila bercakap perlu berhati-hati,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. AYAT2 PENGANALISIS UTK TUTUP KEMALUAN umNONGOK
    akhirnya PERANGKAP MAKAN TUAN…..ZAHID MUNAFIK minta HASNI BUBAR DUN yang sebelum ini aman dan belanjawan SERTA UNDI 18 pun LULUS termasuk sokongan pembangkang

    tahniah KEGAGALAN HASNI yang ikut telunjuk ZAHID PERASUAH…… DAULAT TUANKU moga JOHOR MAKMUR DI BAWAH prihatin TUANKU

    TAHNIAH kerana pengundi JOHOR masih BUTA bezakan kaca dan permata….mengundi IKUT LAMBANG PARTI….bukan pada MARUAH AKHLAK DAN TANGGUNGJAWAB CALON…

    bak kata orang dulu letak batang pisang batu nesan atau OKU mereka akan UNDI asal itu DACING wlpun BERKARAT dan SENGET busuk DENGAN MASALAH RASUAH SALAHGUNA KUASA PERAS UGUT DISKRIMINASI

Comments are closed.