The policemen monitoring the situation outside the Johor Menteri Besar Official Residence at Johor Bahru after Barisan Nasional (BN) won the Johor State Election. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 15 MARCH 2022. MB Johor UMNO
The policemen monitoring the situation outside the Johor Menteri Besar Official Residence at Johor Bahru after Barisan Nasional (BN) won the Johor State Election. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 15 MARCH 2022. Anggota polis mula meninjau keadaan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor pada hari yang dipercayai Menteri Besar yang baharu mengangkat sumpah susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 15 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Suasana di Saujana – kediaman Menteri Besar Johor yang terletak di terletak di Jalan Hassan Al-Attas di sini sunyi sepi.

Pengamal media mula ‘berkampung’ di sini sejak awal pagi mendapati keadaan kediaman ini tidak seperti kebiasaan.

Tinjauan MalaysiaGazette sejak pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari mendapati hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang masuk dan keluar dari kediaman putih tersebut.

Kelihatan juga beberapa anggota polis bermotosikal yang singgah sebentar sebelum pergi meninggalkan kediaman itu.

Begitu juga dengan Bangunan Perhubungan UMNO Johor yang meriah sejak sidang akhbar pengumuman keputusan parti itu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kini suram.

Tinjauan di kawsan berkenaan mendapati kerusi meja yang diletakkan untuk petugas parti itu duduk dan makan sepanjang kempen PRN sudah dikemaskan namun tidak sepenuhnya.

Kerusi disusun bertingkat dengan beberapa meja masih belum diusik.

Seorang petugas yang rapat dengan media memberitahu tidak ada sebarang sidang akhbar akan dilakukan sebaik Menteri Besar Johor yang baharu dilantik dan mengangkat sumpah di Istana Johor pada pukul 3 petang ini.

Menurutnya, UMNO hanya akan mengeluarkan satu kenyataan media selepas majlis tersebut selesai.

Spekulasi siapa Menteri Besar Johor yang baharu bakal terjawab apabila individu tersebut dijangka mengangkat sumpah jawatan di Istana Johor petang ini.

Spekulasi mengenai pelantikan menteri besar yang baharu berlaku sejak semalam bekas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menyatakan beliau menyokong ‘orang muda’ memimpin Johor.

Nama Datuk Onn Hafiz Ghazi yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar Johor ke-19 bagi menggantikan beliau.

Onn Hafiz, 44, memenangi DUN Machap pada pilihan raya negeri Sabtu lalu dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan itu antara calon muda yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Onn Hafiz sebelum ini merupakan ADUN Layang-Layang yang juga terletak dalam Parlimen Simpang Renggam di Kluang dan beliau merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO pertama, Allahyarham Datuk Onn Jaafar.-MalaysiaGazette