Motosikal yang dtunggang mangsa, Ros Liza Mohammad dipercayai terbabas ke dalam longkang dalam kejadian di Permatang Badak, Kuantan malam tadi.

KUANTAN – Seorang tukang jahit wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Permatang Badak, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komsioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa disahkan meninggal semasa mendapatkan rawatan di hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Mangsa, Ros Liza Mohamad, 53, yang terbabas sendiri mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Hasil siasatan menunjukkan laluan permukaan jalan kering semasa kejadian berlaku,” jelasnya.

Difahamkan ibu kepada anak dua aitu dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru Pandan Dua menuju ke kedai runcit berhampiran.

“Setibanya di lokasi kejadian ketika penunggang bergerak lurus, dia dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri dan masuk ke dalam longkang di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette