The Sembrong UMNO Division Chief, Datuk Seri Hishammuddin Hussein during the launch of UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MARCH 2022 GE15 15th General Election Yang di-Pertuan Agong dissolve parliament
The Sembrong UMNO Division Chief, Datuk Seri Hishammuddin Hussein during the launch of UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 MARCH 2022. Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan segala langkah untuk membubarkan Parlimen seharusnya tidak melebihi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, segala keputusan itu akan datang dengan nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jangan kita melebihi dan terlanjur dalam kita nak pastikan sesuatu kita semua kena tahu kedudukan masing-masing, kedudukan parti, kedudukan PM dan juga tanggungjawab dan kuasa untuk menentukan kuasa di bawah YDPA,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau ditemui selepas mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala (WTCKL) hari ini.

Sayap Puteri UMNO semalam mendesak agar Parlimen dibubarkan segera untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bagi mengambil kesempatan ke atas semangat tinggi ahli parti pada masa ini.

Ketua pergerakan itu Datuk Zahida Zarik Khan dalam ucapannya menyebut semangat parti selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, perkara itu perlu datang bersama pendirian parti yang tentunya akan mengarah kepada kepentingan rakyat.

“Kita jangan membelakangkan hak untuk membubar Parlimen adakah hak Yang di-Pertuan Agong tetapi pada masa yang sama keputusan baginda datang bersama nasihat daripada Perdana Menteri.

“Kita tunggu apa pendirian parti dan saya rasa pendirian itu akan disampaikan kepada YDPA yang akan tentukan segalanya kalau kita nak bincang pasal PRU-15 oleh Perdana Menteri.

“Proses itu berjalan lancar dan jangan ada pihak yang cuba menangguk di air keroh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.