The President of UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi speaks during the UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 18 MARCH 2022 divisions support party election GE15
The President of UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi speaks during the UMNO General Assembly (PAU) 2021 at the World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 18 MARCH 2022. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Ada gerakan di bahagian-bahagian UMNO yang menggunakan wang untuk mendapat sokongan, dedah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengetahui perkara itu kerana mereka yang terlibat merupakan rakan-rakannya juga.

“Janganlah kita memakai kasut sebelum kita menyarung stokin…ya, kita hormati saranan sebilangan kecil yang mahukan pemilihan diadakan sebelum PRU (Pilihan Raya Umum).

“Saya tahu ada gerakan turun ke bahagian-bahagian, bayar…saya tahu semalam bila mereka pergi ke Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri pun ada bayar.

“Dalam pilihan raya di Melaka dan di Johor pun turun jumpa G7 pun bayar…saya tahu, ini dunia tanpa sempadan semua orang tahulah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Apa pun, menurut Ahmad Zahid menegaskan, ahli UMNO perlu bersatu hati untuk menghadapi PRU dengan melupakan segala kepentingan

Beliau yakin mereka yang bersikap demikian  tidak mempunyai motif dalam melakukan perkara seperti itu.

“Jangan risau, ini kawan-kawan saya, saya kenallah…sekilas ikan di air, saya kenal jantan betinalah,” ujarnya.

Menurut Ahmad Zahid, ketetapan telah pun dibuat mengikut pesetujuan terhadap pendaftar pertubuhan (RoS) bahawa pemilihan parti mesti diadakan pada akhir tahun ini atau lebih tepat sebelum 29 Disember tahun ini.

“Jawatan presiden kalau Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan)
berani… bertanding. Jawatan timbalan presiden siapa berani lawan Tok Mat. Tiga jawatan naib presiden lawan…ehh kita tak takutlah.

“Jangan gunakan duit, jangan, budaya ini buruk…ya duit adalah segala-galanya bukan segala-galanya kerana duit…bukan saya tak tahu sekarang ada ‘pasangan-pasangan’ saya tahu.

“Jangan ingat presiden tak tahu…Presiden dulu pernah jadi Menteri Pertahanan ada orang di bawah dia…Presiden juga pernah jadi Menteri Dalam Negeri ada juga SB (cawangan khas) bawah dia…tahu-tahu siaapa kempen manager dia, siapa chief manager siap dia funder tahu,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast