The steamy scene involving Zul Ariffin in his recent drama, Perempuan Itu.
The steamy scene involving Zul Ariffin in his recent drama, Perempuan Itu. Babak panas lakonan Zul Ariffin menerusi drama Perempuan Itu

KUALA LUMPUR – Tindakan aktor terkenal Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam kini menjadi kontroversi dan tular di media sosial.

Video yang mencetuskan kecaman ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak itu adalah aksi  panas Zul mendukung Siti Hariesa sedang berasmara tidak berbaju.

Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul dan pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima kini sohor dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tinjauan mendapati video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul yang berbadan sasa pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast