Harry Maguire. Foto SkySports.

LONDON – Manchester United dilaporkan sedia menjual kapten, Harry Maguire pada jendela perpindahan akan datang, lapor SportMole.

Menurut laporan media United Kingdom, prestasi terumbang ambing Maguire membuatkan United mengambil keputusan untuk membuka rundingan dengan mana-mana kelab yang berminat.

Man United seolah-olah akur bahawa Maguire tidak akan pernah mampu menepati tanda harga £80 juta yang dibayar kelab itu pada musim panas 2019 kepada Leicester yang menjadikan dia bek tengah termahal di dunia.

Maguire yang akan berusia 30 tahun pada tahun hadapan, terus menerima kritikan pada musim ini dengan beberapa aksi pertahanan yang lemah dan meletakkan pasukannya dalam risiko dalam setiap perlawanan.

Malah beberapa pundit percaya, mujur Maguire adalah pemain Inggeris kerana jika tidak sudah pastinya kritikan lebih teruk dikenakan ke atasnya oleh media Inggeris.

Musim ini Maguire hanya membantu Man United kekal clean sheet sebanyak enam kali.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa pasukan itu akur bahawa mereka akan menerima tawaran jauh lebih rendah daripada £80 juta yang telah belanjakan. – MalaysiaGazette

https://www.sportsmole.co.uk/football/man-utd/news/man-united-prepared-to-sell-harry-maguire-this-summer_481364.html