Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berikrar dirinya akan mempertahankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tegasnya pindaan SOSMA bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bersifat zalim.