Syed Saddiq Syed Abdul Rahman SOSMA MP government Dewan Rakyat Parliament absent
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyenaraikan kira-kira 31 Ahli Parlimen kerajaan yang gagal hadir ke Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kegagalan mereka untuk hadir itu mengakibatkan kerajaan gagal mendpat kelulusan usul pindaan bagi peruntukan subsekyen 4(5) kta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

“Saya nak sebut juga, ada 31 ahli Parlimen kerajaan tak hadir ke dewan untuk mengundi – juga menyebabkan usul ini berjaya ditolak Pembangkang.

“Mereka adalah Sembrong (luar negara), Santubong, Tanah Merah (umrah), Kuala Pilah, Ayer Hitam (luar negara), Tapah, Kota Marudu, Bandar Tun Razak, Nibong Tebal, Keningau, Rompin, Bukit Gantang, Pekan, Marang, Pagoh, Putrajaya, Kuala Nerus, Kinabatangan, Batang Lupar, Pasir Mas, Lahad Datu, Pontian, Bagan Datuk, Tasek Gelugor, Pasir Puteh, Lenggong, Bintulu, dan Alor Gajah,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Syed Saddiq turut menyenaraikan tiga Ahli Parlimen yang dilihat lewat memasuki dewan tatkala undian belah bahagi mengambil tempat semalam.

“Gombak (Masuk Dewan Lewat), Padang Besar (Masuk Dewan Lewat), Ketereh (Masuk Dewan Lewat),” katanya lagi.

Presiden Parti Ikatan Demoktratik Malaysia (MUDA) itu berkata, kesemua Ahli-ahli Parlimen ini boleh sahaja memilih untuk meluluskan usul itu namun memilih untuk tidak hadir.

“Jadi, boleh sahaja kalau kerajaan mahu luluskan usul semalam – tapi mereka memilih untuk tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat dan jalankan hak untuk mengundi sebagai Ahli Parlimen,” jelas Syed Saddiq lagi.

Semalam, usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat dalam undi belah bahagi, apabila hanya 84 bersetuju manakala 86 tidak bersetuju, manakal 50 lagi tidak hadir.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yg sign MOU utk sokong usul kerajaan ialah kamu…yg undi menentang usul kamu juga…kalau kamu yg sign MOU tak menentang…usul akan lulus laa bebal..cakap berbelit2

Comments are closed.