Franck Kessie. Foto Forbes.

LONDON – Bintang AC Milan, Franck Kessie dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona secara lisan untuk perpindahan percuma musim hadapan.

Pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano melaporkan bahawa kontrak pemain itu akan dimeteraikan sehingga 2026 dan menerima gaji lebih tinggi ganda berbanding ketika di kelab Serie A itu.
Pemain penyerang tengah itu dikatakan sudah menjalani ujian perubatan yang menjadi sebahagian perbincangan untuk prakontrak bersama The Catalan.

Bersama AC Milan, Kessi, 25, menerima €5 juta semusim yang bakal menyaksikan aksinya di AC Milan selama lima musim berakhir.

Kessie yang merupakan kelahiran Ivory Coast merupakan salah seorang pemain yang ditandatangani AC Milan ketika revolusi pemilikan China di kelab itu pada 2017.

Dia menyertai Milan dari Atalanta dengan tempoh pinjaman dua musim ditambah pembelian tetap.

Kessie sudah beraksi 214 penampilan untuk AC Milan dan mencetak 36 gol dan 16 bantuan.

Musim ini Kessie menjadi nadi penting Milan untuk cuba menjuarai Serie A pertama mereka sejak kali terakhir memenanginya pada 2011. – The Guardian (https://www.theguardian.com/football/2022/mar/22/franck-kessie-barcelona-milan-raphinha-transfer-news)