The Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a news conference after the launch of Clinical Research Malaysia Annual Report (CRM) 2021 at the Ministry of Health in Putrajaya. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 21 MARCH 2022. EC voting for Covid-19 patients
The Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Hanya ada dua pintu sempadan antarabangsa darat bagi pengembara dari atau masuk ke Thailand.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata dua pintu sempadan itu adalah Bukit Kayu HitamSadao dan Wang Kelian-Wang Prachan,

Jelas beliau, sehingga kini Thailand hanya menerima pengembara pelancongan sahaja.

“Manakala bagi pengembara harian dan kerap, perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand,” katanya ketika sidang media berkenaan Protokol Am pengembera sempena pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini.

Selain itu menurutnya, selain tidak perlu menjalani kuarantin pengembara melalui sempadan darat Malaysia -Singapura juga tidak perlu melakukan ujian Covid-19 sebelum selepas.

Walauabagaimanapun kata Khairy, ujian Covid-19 perlu dilakukan oleh pengembara semasa ketibaan.

Mengulas lanjut Menteri Kesihatan itu menambah, pengembara Malaysia-Singapura yang melalui sempadan udara dan lengkap vaksinasi hanya perlu menjalani ujian Covid-19 dua hari sebelum berlepas.

“Mereka tidak perlu menjalani kuarantin dan melakukan pengujian Covid-19 semasa ketibaan,” tambah beliau.-MalaysiaGazette