(Picture of representational purposes only). Domestic and international flights are cancelled at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in Sepang, Selangor due to the Covid-19 outbreak. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 27 APRIL 2020. mandatory quarantine India Bangladesh Nepal Pakistan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Senarai 18 negara berisiko tinggi akan dimansuhkan bermula 1 April nanti, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ini bermakna pengembara dari negara-negara berkenaan tidak lagi disekat masuk ke Malaysia.

Dalam masa yang sama, tiada lagi pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker), permohonan kuarantin di rumah, pengembara melalui program OSC dan MyTravelPass.

Khairy turut mengumumkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) akan turut dimansuhkan.

Dalam masa yang sama, tiada lagi kaunter ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi memperincikan Protokol Am pembukaan semula sempadan negara yang bermula 1 April nanti.

Sebagai rekod, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan 18 buah negara yang berisiko tinggi berikutan penularan varian Omicron.

Ia termasuk lapan negara yang telah ditetapkan sebagai negara larangan dikunjungi sebelum ini iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Sementara itu, Khairy dalam sidang media yang sama berkata KKM mengiktiraf vaksin Covid-19 yalh telah diluluskan di bawah Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation’s Emergency Use Listing).

Dalam masa yang sama tambah beliau, Malaysia juga menerima vaksin yang diluluskan penggunaannya oleh pihak berkuasa kawal selia dalam negara lain walaupun tidak tersenarai dalam WHO Emergency Use Listing.

“Senarai jenis dan jenama vaksin ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, terkini adalah Zifivax (China, Indonesia, Pakistan); Minhai (China, Indonesia); CoviVac (Cambodia, Rusia); Medigen (Taiwan); ZyCoV-D (India); Turkovac (Turkey) dan Covifenz (Canada),” katanya. – MalaysiaGazette