Hazriena Natasha Abdullah

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan OKU dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kehilangan remaja ini diterima polis pada jam 5.11 petang.

Mangsa dilaporkan hilang di hadapan Giat MARA, Gombak.

Remaja berkenaan, Hazriena Natasha Abdullah, 17, bertubuh kurus dan mempunyai ketinggian 157 sentimeter.

Semalam, dia memakai baju-T merah berlengan panjang, berseluar panjang dan bertudung hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini diminta menghubungi Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 03-61262222 atau 011-39032329 atau serahkan terus dia di mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette