KUALA LUMPUR – Susulan isu pindaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditolak di Dewan Rakyat semalam, ramai tertanya-tanya, siapakah yang tidak hadir hingga akta ini tidak diluluskan.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan, 50 ahli Dewan tidak hadir hingga menyebabkan kerajaan kekurangan dua undi pada sesi belah bagian untuk meluluskan usul tersebut.

Blok pembangkang memperoleh 86 undi dan blok kerajaan hanya 84 undi.

Portal rasmi Parlimen telah mengeluarkan senarai lengkap kesemua ahli yang hadir dan tidak juga senarai 50 ahli Parlimen yang tidak hadir ke dalam Dewan semasa sesi pengiraan undi dijalankan.

 

Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:

  1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
  2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong)
  3. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong)
  4. Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)
  5. Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
  6. Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah)
  7. Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
  8. Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
  9. Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu)
  10. Tan Sri  Annuar Haji Musa (Ketereh)
  11. Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak)
  12. Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal)
  13. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (Pasir Puteh)
  14. Datuk Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau)
  15. Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin)
  16. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
  17. Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor)
  18. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  19. Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (Pekan)
  20. Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang)
  21. Tan Sri Mahiaddin Mohd Yassin (Pagoh)
  22. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Alor Gajah)
  23. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
  24. Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong)
  25. Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)
  26. Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu)
  27. Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
  28. Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
  29. Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)
  30. Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim (Batang Lupar)
  31. Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas)
  32. Datuk Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu)
  33. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching)
  34. Ahmad Hassan (Papar)
  35. Datuk Masir Kujat (Sri Aman)
  36. Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi)
  37. Maszlee Malik (Simpang Renggam)
  38. Datuk Dr Shahruddin Md. Salleh (Sri Gading)
  39. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau)
  40. PuMaria Chin Abdullah (Petaling Jaya)
  41. Awang Husaini Sahari (Putatan)
  42. Ma’mun Sulaiman (Kalabakan)
  43. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
  44. Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh)
  45. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson)
  46. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (Semporna)
  47. Lim Kit Siang (Iskandar Puteri)
  48. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baharu)
  49. Datuk Johari Abdul (Sungai Petani)
  50. Michael Teo Yu Keng (Miri)

Terdahulu, ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu sebanyak 31 orang ahli Parlimen tidak hadir semalam.

Daripada jumlah itu, tiga ahli Parlimen dari blok kerajaan tidak dapat mengundi kerana lewat masuk.

Mereka ialah ahli Parlimen Gombak, Padang Besar dan Ketereh.

Ketiga-tiga mereka masuk semasa proses undian berlangsung.- MalaysiaGazette